Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha pada semua

Salam Aidil Adha Pada Semua Pengunjung Blog ini dan juga Rakan Taulan

Tuesday, November 17, 2009

Terkini Kursus Rawatan : SIHIR & SAKA


KURSUS RAWATAN SIHIR & SAKA

Tarikh:
26 Desember 2009 (Sabtu)

Tempat :

Masjid Daerah Kulim

Penceramah :
Ust Syeikh Hanafi Rahman Al-Fasfanji
Diploma Syariah KUSZA (1993)
B.A Syariah Al-Azhar (1999)
M.A Islamic Studies (2003)
Panel Forum Hal Ehwal Islam TV1 / Pendakwah Bebas

selanjutnya di sini

Kursus Perubatan Anjuran IQ Insan : Santau & Saka


KURSUS RAWATAN SIHIR SANTAU

Tarikh:
13 Desember 2009 ( Ahad)

Tempat :
Masjid Saidana Abu Bakar , Bangsar, Kuala Lumpur

Penceramah :
Ust Mokhtar Kassan ,
Pakar Rujuk Rawatan Santau
Persatuan Perubatan Islam Darussyifa'

selanjutnya di sini

note: illustrasi di ambil di http://exposemistik.files.wordpress.com/2009/02/santau.jpg

Thursday, November 12, 2009

Mengapa Wanita yang Selalu Dirasuk?




Di petik dari blog Ustaz Abu Zulfiqar

Wanita mudah kerasukan kerana biasanya emosi/ roh wanita lemah sikit berbanding lelaki. Jadi apabila si jin mengacau sikit mana-mana bahagian otaknya/ pemikirannya, dia cepat meracau. Emosi wanita sukar diramal. Kadang-kadang wanita yang lemah-lembut tidak diganggu, sebaliknya yang aktif, yang nampak ala-ala tomboy yang kena dan tak tahan emosinya.


lanjutan di blog http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2009/10/mengapa-wanita-yang-selalu-dirasuk.html

Wednesday, November 11, 2009

Kepada Perawat, Kita Buek Setakat Mampu

Kita Buek Setakat Mampu - di petik dari blog darulsaka.com

Biasolah dalam peningkatan rohani..hati sudah mula bercahaya...ilmu perubatan sebgai contoh sudah pun mantap..maka raso nak tolong semua orang yang sakit..bukan setakat satu opis..bahkan satu jabatan satu kementerian atau satu negara.asal dengar je orang kena sihir..hati meruntun nak tolong...Namun apo kan dayo ..tangan duo..kaki duo...lagipun apo dayo kito...Allah s.w.t juo punya daya..

Memang kelihatan baik..pada permulaan...namun..bila dah semakin meningkat ..ia dah jadi barah..Kita kena faham..Allah maha pengasih...adolah sebab-sebabnya kenapa Allah s.w.t izinkan semua sihir tu berlaku. Kita sebagai perawat janganlah nak jadi Tuhan pulak...Bila kita kecewa tak dapat nak merawat semua di sebabkan terlalu suntuk masa...terlalu ramai...pulangkan balik pada Allah s.w.t ingat makam Innalillah...Actually kita takdo hak pun nak terdetik dihati kenapa lah kita tak dapat rawat semua tu...Apakah kita ni seolah-olah mempertikaikan cara ALLAH s.w.t mentadbir semua makhluknya...Orang yang sakit tu..ada yang masih boleh kencing..makan dan sebagainya walaupun disihir...Allah masih menurunkan rezeki kepada hambanya walaupun di sihir...

Ia umpama kita mengeluh bila rasa hari dah nak hujan...Kalau mengikut makam tasauf tahap innalillah..biarlah..no komen....pada mereka ditahap ini sudah dikira "BERDOSA" kalau ada komen...Begitu juga kalau kita cakap..nanti kalau aku kaya..aku nak bantu semua orang susah..Lupakah kita kepada YANG MAHA KAYA...Apakah Allah s.w.t tidak memberi rezeki kepada sekelian makhluknya selama ini, kita pula cuba mengambil alih tugas tersebut...

..So..kepada perawat2 sekelian...buek setakat yang mampu...itu yang ALLAH dah lorongkan...mana kes yang sampai buek setakat mampu...

..sepatutnya kita mengubat akan meningkatkan keimanan kita..kalau dah makin turun..sebaiknya di berhentikan...

So..kepada perawat2 sekelian...buek setakat yang mampu...itu yang ALLAH dah lorongkan...mana kes yang sampai buek setakat mampu...BAB-BAB makam Hati yang tinggi ini ada dibincangkan oleh seorang WALI AGUNG..bernama Ibnu Atoillah dalam kitab HIKAM...Sifu DEN pesan..sepatutnya kita mengubat akan meningkatkan keimanan kita..kalau dah makin turun..sebaiknya di berhentikan...kembali bersuluk..mengadjust kembali apa2 yang tidak kemas sebelum berjuang di landasan perubatan...Jangan tergelincir menjadi Ustaz Cabul dan sebagainya..

note : semoga manfaat bersama

Wednesday, November 4, 2009

Kaedah Menambah Air Kepada Air Rawatan.




Kaedah menambah air kepada Air Rawatan.

di ambil dari Forum Terapialquran.com - by Tn aa~jibaba

  1. Tambahan air Gunakan air mineral
  2. Bacakan Fatihah 1x, Ayat Kursi 1x, dan Selawat 3x. Sebaik-baiknya tambah dengan air Yasin yang dibaca secara berjemaah di surau atau mesjid.
  3. Masukkan air yang baru tadi ke dalam air rawatan yang tinggal separuh (Air rawatan menanti air yang baru). Ingat, seelok-eloknya air rawatan jangan dibiarkan tinggal kurang daripada separuh (1/2) bekas.
  4. Tutup bekas dan goncang supaya air tadi sebati.
  5. Simpan di tempat yang jauh daripada TV dan radio sebab air adalah bahan perakam terbaik bunyi dan doa.

Berapa kali tambahan?
Seelok-eloknya buat dua (2) kali tambahan sahaja ke atas air doa. Sebab itu adalah baik jika pesakit membawa air yang banyak apabila berjumpa dengan perawat.
Contohnya bawa 3 botol air mineral 5 liter (5000 ml) jika perawat tinggal jauh daripada pesakit.

Air untuk dibuat mandi tidak perlu guna air mineral. Cukup sekadar guna air paip atau air kolah mesjid, air hujan dsb. Untuk itu boleh digunakan bekas yang besar seperti baldi, atau pun bekas plastik bertutup 15 liter dsb.

Sekian semoga mendapat pencerahan dan sembuh dengan izin Allah. Amin ya Rabbal 'alamin.

Istana Budi - melindungi, merawat dan penjagaan pesakit-pesakit HIV



Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi tersebutlah Yang DiPertua BUDI terdorong untuk melibatkan diri bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) untuk menyediakan sebuah pusat bertujuan bagi melindungi, merawat dan penjagaan pesakit-pesakit HIV lelaki yang beragama Islam.

lanjutan di sini

Tuesday, November 3, 2009

Al-Fatihah





Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda;

"Dalam surah al-Fatihah ada ubat yang dapat menyembuhkan semua penyakit"

Pengalaman orang orang Sufi mengesahkan bahawa bacaan al-Fatihah dengan keyakinan dan keimanan yang teguh boleh menyembuhkan semua penyakit, samada penyakit jasmani atau rohani, penyakit zahir atau batin.

Nabi Muhammad s.a.w menyarankan cara bacaan yang berikut dan amalan ini dapat menyembuhkan semua penyakit, insya-Allah!

Baca al-Fatihah 41 kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan fardu Subuh.Dalam bacaan ini, ayat pertama dan kedua disambung, jangan berhenti. Dengan kata lain, huruf (mim)dalam nir-Rahim disambung dengan (lam) dalam alhamdu-lillahi. selebihnya dalam surah itu dibaca seperti biasa iaitu berhenti di hujung ayat.

Jika seseorang itu diserang penyakit gila atau kerana sesuatu sebab tidak dapat membacanya, ayat-ayat itu hendaklah dibaca dan ditiup pada air dan diberi minum kepada pesakit.


~Dipetik dari 'Kitab Ilmu Perubatan Kesufian' oleh Sheikh Hakim Moinuddin Chisti
copypaste dari laman http://rawatan-holistik.blogspot.com/2009/06/ubat-paling-mujarab.html

Hadis Berkaitan Perubatan




Sesungguhnya Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam pernah mengutarakan masalah berubat, sebagaimana di dalam beberapa hadis. Di antaranya,

1. Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,
"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa jalla." (HR. Muslim)


2. Dari Abu Hurairah radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda,
"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)

3. Dari Usamah bin Syarik radhiallahu' anhu, bahawa beliau berkata,
"Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat? ." Baginda menjawab, "Iya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah `azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit." Mereka bertanya, " Penyakit apakah itu? ." Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan."
(HR. Ahmad, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i mensahihkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami'us Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)

4. Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda,
"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak boleh mengetahuinya. " <------- paham rasanya hadis ni kan
(HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma'ad 4/12-13)

Bahlul dan Tahta Raja

Releks jap.

Bahlul, si tolol yang bijaksana, sering menyembunyikan kecendekiaannya di balik tabir kegilaan. Dengan itu, ia dapat keluar masuk istana Harun Al-Rasyid dengan bebasnya. Sang Raja pun amat menghargai bimbingannya.

Suatu hari, Bahlul masuk ke istana dan menemukan singgasana Raja kosong. Dengan enteng, ia langsung mendudukinya. Menempati tahta Raja termasuk ke dalam kejahatan berat dan boleh dihukum mati. Para pengawal menangkap Bahlul, menyeretnya turun dari tahta, dan memukulinya. Mendengar teriakan Bahlul yang kesakitan, Raja segera menghampirinya.



Bahlul masih menangis keras ketika Raja menanyakan sebab keributan ini kepada para pengawal. Raja berkata kepada yang memukuli Bahlul, “Kasihan! Orang ini gila. Mana ada orang waras yang berani menduduki singgasana Raja?” Ia lalu berpaling ke arah Bahlul, “Sudahlah, tak usah menangis. Jangan kuatir, cepat hapus air matamu.” Bahlul menjawab, “Wahai Raja, bukan pukulan mereka yang membuatku menangis. Aku menangis karena kasihan terhadapmu!”

“Kau mengasihaniku?” Harun mengherdik, “Mengapa engkau harus menangisiku?” Bahlul menjawab, “Wahai Raja, aku cuma duduk di tahtamu sekali tapi mereka telah memukuliku dengan begitu keras. Apalagi kau, kau telah menduduki tahtamu selama dua puluh tahun. Pukulan seperti apa yang akan kau terima? Aku menangis karena memikirkan nasibmu yang malang…

Siapakah Si Bahlul sebenarnya ?
copy paste dari laman web

BLOG KURSUS / SEMINAR RAWATAN ISLAM - MALAYSIA

Blog-Blog Perawat Perubatan Islam